Alhamdulillah, hari ini terdetik juga hati ini untuk serve internet setelah berbulan-bulan tidak melayari internet dek kesibukan kerja dan urusan keluarga.Sebagai manusia biasa seperti manusia lain, kita tidak boleh lari daripada tanggungjawab dan amanah. tetapi entah kenapa semenjak sebulan dua ini terlalu banyak amanah, tanggungjawab dan kepercayaan diberikan kepadaku... Mungkinkan ini satu ujian daripada Allah S.W.T kepadaku untuk menguji hambanya yang lemah ini. Mungkin kerana title kita sebagai seorang ustaz, atau mungkin orang melihat kita ada kebolehan atau macam-macam lagi. Namun apa jua tanggungjawab dan amanah yang diberikan insya-Allah akan ku laksanakan sebaik mungkin.

0 komen pengunjung:

Post a Comment

Falsafah Hidupku

"Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku dan matiku hanylah kepada Allah Tuhan semesta Alam"

Kalendar Hijrah

Kedai Kopiku

About Me

My photo
Hairul Hisham Ismail namaku, anak kelahiran Felda Kemahang 2, Tanah merah, Kelantan. Dari kecil, di celahan pokok kelapa sawit tempatku membesar. Kerahan keringat ayahku masihku ingat hingga kini. Mendapat pendidikan awal di SK Kemahang 1 (1989-1994. Dengan berkat doa ibu-bapaku aku telah diterima masuk Ke SMKA Wataniah, Machang, Kelantan pada tahun 1995. Aku menduduki peperiksaan SPM pada tahun 1999 dan berjaya mendapat keputusan yang dapatku banggakan. Dengan keputusan Percubaan SPM 1999 aku berjaya masuk ke SMKA falahiah, pasir pekan, Kota Bharu untuk belajar di tingkatan 6 selama hampir 3 Bulan. Aku ditawarkan menyambung pelajaran ke UTM dalam bidang pendidikan (Pengajian Islam) 2001-2004. Sekarang sedang berkhidmat di SMK Simpang, Taiping sebagai pendidik. Walau di mana pun aku berada AKU adalah AKU...