Saya mempalawa mana-mana Ustaz/ ustazah sama ada dari PPD Larut Matang & Selama atau mana2 PPD sekali pun yang berminat untuk berkongsi bahan-bahan P&P untuk menyertai saya memperbanyakkan bahan dan koleksi Bahan P&P Pendidikan Islam di internet.Saya juga dalam perancangan untuk mengUPLODkan soalan-soalan peperiksaan Pendidikan Islam ke blog ini sedikit masa lagi bagi memudahkan guru-guru dan para pelajar memuat turun soalan peperiksaan untuk tujuan peperiksaan dan ulangkaji.Saya memohon jasa baik Tuan@ dan Puan agar dapat berkongsi set2 soalan tersebut. Tuan2 dan Puan2 boleh menghubungi saya di Alamat Email; hairulhisham@smks.edu.my untuk maklumat lanjut. Sekian

0 komen pengunjung:

Post a Comment

Falsafah Hidupku

"Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku dan matiku hanylah kepada Allah Tuhan semesta Alam"

Kalendar Hijrah

Kedai Kopiku

About Me

My photo
Hairul Hisham Ismail namaku, anak kelahiran Felda Kemahang 2, Tanah merah, Kelantan. Dari kecil, di celahan pokok kelapa sawit tempatku membesar. Kerahan keringat ayahku masihku ingat hingga kini. Mendapat pendidikan awal di SK Kemahang 1 (1989-1994. Dengan berkat doa ibu-bapaku aku telah diterima masuk Ke SMKA Wataniah, Machang, Kelantan pada tahun 1995. Aku menduduki peperiksaan SPM pada tahun 1999 dan berjaya mendapat keputusan yang dapatku banggakan. Dengan keputusan Percubaan SPM 1999 aku berjaya masuk ke SMKA falahiah, pasir pekan, Kota Bharu untuk belajar di tingkatan 6 selama hampir 3 Bulan. Aku ditawarkan menyambung pelajaran ke UTM dalam bidang pendidikan (Pengajian Islam) 2001-2004. Sekarang sedang berkhidmat di SMK Simpang, Taiping sebagai pendidik. Walau di mana pun aku berada AKU adalah AKU...