InsyaAllah pada 22 ogos 2009 nanti kita umat Islam seluruh dunia akan menyambut kedatangan Bulan Mulia iaitu Bulan Ramadhan Al-Mubarak. Saya sebagai bendahari surau al-maarof, Taman Mawar simpang ingin memohom sumbangan daripada tuan-tuan untuk melancarkan lagi program Ihya Ramadhan di surau kami.Antaranya program yang telah kami rancang pada bulan Ramadhan nanti adalah seperti menjemput 2 orang imam Tahfiz untuk mengimami solat sunat tarawih, majlis berbuka puasa, majlis penyampaian sumbangan kepada anak2 yatim dan ibu tunggal, Program ceramah dan tazkirah dan lain-lain program yang memerlukan belanja kewangan yang agak besar. Dengan ini saya memohon tuan-tuan atau mana-mana pihak yang budiman agar dapat bersama kami menjayakan program-program tersebut. Tuan-tuan boleh menghubungi saya di talian 019-4196922 atau terus kepada tuan pengerusi iaitu Tn. Hj. Mansor. Sekian

0 komen pengunjung:

Post a Comment

Falsafah Hidupku

"Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku dan matiku hanylah kepada Allah Tuhan semesta Alam"

Kalendar Hijrah

Kedai Kopiku

About Me

My photo
Hairul Hisham Ismail namaku, anak kelahiran Felda Kemahang 2, Tanah merah, Kelantan. Dari kecil, di celahan pokok kelapa sawit tempatku membesar. Kerahan keringat ayahku masihku ingat hingga kini. Mendapat pendidikan awal di SK Kemahang 1 (1989-1994. Dengan berkat doa ibu-bapaku aku telah diterima masuk Ke SMKA Wataniah, Machang, Kelantan pada tahun 1995. Aku menduduki peperiksaan SPM pada tahun 1999 dan berjaya mendapat keputusan yang dapatku banggakan. Dengan keputusan Percubaan SPM 1999 aku berjaya masuk ke SMKA falahiah, pasir pekan, Kota Bharu untuk belajar di tingkatan 6 selama hampir 3 Bulan. Aku ditawarkan menyambung pelajaran ke UTM dalam bidang pendidikan (Pengajian Islam) 2001-2004. Sekarang sedang berkhidmat di SMK Simpang, Taiping sebagai pendidik. Walau di mana pun aku berada AKU adalah AKU...