Sebak, sayu, sedih, hiba, itulah persaaan Para sahabat Rasulullah S.a.w apabila tetamu mereka yang paling ditunggu-tunggu selama ini ingin kembali semula menghadap Allah S.W.T. Itulah kekasinya yang bernama "Ramadhan". Alhamdulillah,Ramadhan tahun ini aku berkesempatan melaksanakan ibadah puasa dan ibadah-ibadah lain yang dituntut dengan sempurna berbanding dengan tahun-tahun sebelumnya kerana tiada masalah kesihatan yang mengganggu.
Adakah Ramadhan tahun depan sempat dirasai atau tidak?? Sering bermain difikiranku.. Cuma aku mampu berharap dan berdoa agar Allah S.W.T memanjangkan umurku agar aku dapat berjumpa lagi dengan Ramadhan Tahun 1432h nanti. Aku merindui sahabat-sahabatku yang bersama-sama berdiri menunaikan solat terawikh, sama-sama bertazkirah, solat berjemaah dan bertadarus sepanjang ramadhan bersamaku... Ya Allah ketemukanlah aku dengan Ramadhan Tahun ini Ya Allah..Janganlah engkau jadikan Ramadhan tahun ini ramadhan yang terakhir buatku Ya Allah. Ya Allah berkatilah segala amalanku di bulan ramadhan tahun ini ya Allah, Janganlah engkau jadikan amalan-amalanku itu amalan yang ditolak olehMu ya Allah. Ya Allah Redhakanlah aku masuk ke syurga Mu Ya Allah. Jauhkanlah aku Ya Allah dari azab nerakamu Ya Allah.
Ya Allah, Berikanlah hidayah, Rahmat, dan keredhaanMU kepadaku, isteri dan anakku, kedua ibu bapaku, ibu bapa mertuaku, adik beradikku, adik berdik iparku, seluruh ahli keluargaku serta seluruh muslimin dan muslimat Ya Allah. InsyaAllah..
Malam tadi aku sempat mendirikan solat terawikh solat sunat terawik di sebuah masjid di negeri kelahiranku ini (Kelantan). Entah mengapa hati ku terasa sangat hiba di penghujung rakaat-rakat solat terawikh itu. Selesai terawikh terpaku aku apabila melihat seorang pakcik tua (70-an) sempat sujud syukur 2 rakaat. Mungkin dalam fikirannya adakah aku sempat untuk merasai Ramadhan tahun depan?? Tapi belum tentu orang yang muda sepertiku conform merasai ramadhan tahun depan..
Marilah semua sahabat kita terus beramal walaupun ramadhan berlalu pergi meninggalkan kita. janganlah kita hanya beramal ibadat hanya dalam bulan ramadhan sahaja, kerana ajal akan menjemput kita entah bila. InsyaAllah......
Labels:
Ramadhan
0 komen pengunjung:
Post a Comment