Pengenalan
• Tempat melakukan kegiatan menyeronokkan untuk menyegarkan kesihatan dan melapangkan fikiran

Kegunaan Tempat Rekreasi
• Rehat
Tenangkan fikiran setelah penat bekerja
Nikmati keheningan dan keindahan alam
Jauhkan diri daripada kesibukan bandar
Nikmati kejernihan air dan kemerduan burung
• Riadah
Kemudahan untuk aktiviti lasak
Bolehkan senaman / joging
Adakan aktiviti unit beruniform
Adakan sukan air, sungai, tasik atau laut
• Kajian ilmu
Kemudahan kawasan penyelidikan khazanah hutan
Mengenali jenis kayu-kayan dan kegunaannya

Adab di Tempat Rekreasi
• Menjaga kebersihan persekitaran
Pastikan tempat bersih dan ceria
Buang sampah di tempat yang disediakan
Ingatkan orang ramai membuang sampah di tempat disediakan
Gotong royong membersihkannya
• Memelihara dan memulihara
Sedari keindahan tanggungjawab bersama
Pulihara daripada kerosakan
Pulihara kemudahan yang rosak
Pulihara pokok dan tumbuhan agar segar
Indahkan kawasan dengan pokok bunga
Gotong-royong mencantikkan
Hapuskan gejala vandalisme
• Penggunaan yang betul
Guna dan jaga kemudahan dengan tanggungjawab
Guna kemudahan dengan baik dan cermat
Laporkan kepada pihak berkuasa jika terdapat kerosakan
Gotong-royong baik pulih kemudahan rosak
• Tidak mengganggu orang lain
Hayati konsep kemudahan untuk kegunaan bersama
Pelihara keharmonian dan hak orang lain
Jadikannya tempat menjalin silaturahim
Pelihara perasaan dan ketenteraman orang lain
Tidak melakukan perkara tidak sopan

Akibat Tidak Mematuhi Adab di Tempat Rekreasi
• Kotorkan kawasan dan mencemarkan keindahan
• Kemudahan cepat rosak
• Mencacatkan persekitaran
• Merugikan semua pihak
• Menjejaskan industri pelancongan
• Gejala sosial dan maksiat berleluasa

Faedah Rekreasi

• Melihat tanda kebesaran Allah
• Kesihatan diri
• Hubungan silaturahim
• Perpaduan kaum

Assalamualaikium w.b.t
Alhamdulillah hari ini saya berpeluang lagi mencoret sepatah dua kata dalam laman nurani ini. Isi-isi di atas adalah salah satu tajuk pendidikan Islam Tingkatan 4 yang diajar di semua sekolah sepertimana yang saya ajarkan kepaga anak didik saya di sekolah. Semalam saya berkesempatan membawa anak dan isteri berehat di satu tempat rekreasi iaitu Hutan Lipur Hulu Kenas di Kuala Kangsar setelah sebelah paginya berada di sekolah untuk Gotong-royong perdana.

Namun setibanya saya di sana, perasaan saya berubah menjadi tidak senang. Mulut saya asyik mengomel dan pedih mata memandang menyaksikan gelagat pengunjung yang datang pada petang itu. Saya dapat menyaksikan pelbagai karenah dan aksi-aksi pengunjung yang langsung tidak beradab dan tidak sedikit pun malu pada orang lain yang turut datang. Dapat saya perhatikan satu keluarga besar yang datang, bermula daripada nenek sampai ke cucu semuanya tidak bertudung. Semua anak perempuan berseluar pendek dan ada juga yang berbaju jarang.

Kemudian mata saya alihkan ke sebelah lain. Namun hati saya masih tidak tenang. Di sudut ini pula kelihatan aksi satu keluarga yang cukup memualkan saya. Ayahnya berseluar pendek dan tidak berbaju, emaknya berseluar pendek dan berbaju singlet (Perangai Macam Orang Putih), anak-anak perempuan mereka semuanya berseluar pendek.Asyik bermain air sedangkan ramai orang yang masih datang pada waktu itu termasuklah pakcik-pakcik yang bertopi putih. Cukup di hati saya mengatakan bahawa, adakah mereka ni sembahyang? Kerana orang yang sujud kepada Allah 34X sehari pasti malu untuk bersikap sedemikian. Yang paling menyedihkan saya apakah BAPA sebagai pemimpin keluarga sanggup membenarkan oarang ramai yang datang menyaksikan aurat dan tubuh badan anak isteri kita dengan pandangan yang tidak bermaruah??

Selepas hampir sejam berada di situ menemani anak lelaki kesayanganku mandi dan bermain air, aku memujuknya untuk pulang kerana perasaanku langsung tidak tenang pada petang itu.Dalam perjalanan pulang sempat aku bersihkan badan di Masjid Ubudiayyah Kuala Kangsar, Solat Zohor dan teruskan perjalanan pulang ke rumah. Namun masih bermain difikiranku adakah mereke-mereka tadi sudah menunaikan solat zohor? Kerana sesampainya aku sebelum solat zohor kesemua mereka dah berada di situ dan aku tidak nampak mahu berhenti dan pulang kerana waktu sudah singkat untuk menunaikan solat zohor..

Akhir sekali, bukanlah cerita saya ini untuk memburukkan sesiapa. Namun ianya adalah sebagai satu coretan yang saya rasa boleh dikongsi bersama dengan pembaca agar kita sama-sama menjaga ADAB DI TEMPAT REKREASI kerana di situ juga Malaikat turut serta bersama kita untuk mencatat setiap amal perbuatan kita.

"Wahai orang yang beriman, Peliharalah dirimu dan Ahli keluargamu dari Azab Neraka"
(Surah Ah-Tahrim)

Sekian..

0 komen pengunjung:

Post a Comment

Falsafah Hidupku

"Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku dan matiku hanylah kepada Allah Tuhan semesta Alam"

Kalendar Hijrah

Kedai Kopiku

About Me

My photo
Hairul Hisham Ismail namaku, anak kelahiran Felda Kemahang 2, Tanah merah, Kelantan. Dari kecil, di celahan pokok kelapa sawit tempatku membesar. Kerahan keringat ayahku masihku ingat hingga kini. Mendapat pendidikan awal di SK Kemahang 1 (1989-1994. Dengan berkat doa ibu-bapaku aku telah diterima masuk Ke SMKA Wataniah, Machang, Kelantan pada tahun 1995. Aku menduduki peperiksaan SPM pada tahun 1999 dan berjaya mendapat keputusan yang dapatku banggakan. Dengan keputusan Percubaan SPM 1999 aku berjaya masuk ke SMKA falahiah, pasir pekan, Kota Bharu untuk belajar di tingkatan 6 selama hampir 3 Bulan. Aku ditawarkan menyambung pelajaran ke UTM dalam bidang pendidikan (Pengajian Islam) 2001-2004. Sekarang sedang berkhidmat di SMK Simpang, Taiping sebagai pendidik. Walau di mana pun aku berada AKU adalah AKU...