((“Dan bacakanlah kepada mereka (wahai Muhammad), khabar berita seorang yang kami beri kepadanya (pengetahuan mengenai) ayat-ayat (Kitab) Kami. kemudian ia menjadikan dirinya terkeluar dari mematuhinya, lalu ia diikuti oleh Syaitan (dengan godaannya), maka menjadilah dari orang-orang yang sesat. Dan kalau Kami kehendaki nescaya Kami tinggikan pangkatnya dengan (sebab mengamalkan) ayat-ayat itu. Tetapi ia bermati-mati cenderung kepada dunia dan menurut hawa nafsunya; maka bandingannya adalah seperti anjing, jika engkau menghalaunya: ia menghulurkan lidahnya termengah-mengah, dan jika engkau membiarkannya: ia juga menghulurkan lidahnya termengah-mengah. Demikianlah bandingan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami. Maka ceritakanlah kisah-kisah itu supaya mereka berfikir.”))
Surah Al-A’raaf (7), ayat 175- 176



Ini merupakan sebuah kisah mengenai Bal’am bin Ba’ura, seorang lelaki daripada Bani Israil, hidupnya sezaman dengan zaman Nabi Allah – Musa Alaihi as-Salam.



Kisah mengenainya bermula setelah berjayanya Nabi Musa dan kaumnya terlepas daripada Fir’aun yang telah pun mati lemas setelah mengejar mereka di Laut Merah.



Bal’am bin Ba’ura merupakan seorang lelaki yang alim, diberikan oleh Allah kelebihan, tatkala ia berdoa, Allah makbulkan.



Maka, tatkala Nabi Musa dalam perjalanan ke Jerussalam, datanglah saudara mara Bal’am bin Ba’ura kepadanya lalu meminta agar dia berdoa kepada Allah agar mereka selamat daripada Nabi Musa, khuwatir mereka akan dihapuskan kerana kekuatan pengikut Nabi Musa. Tetapi, bagaimana hendak Bal’am melakukan sedemikian kerana ia akan berpaling pada Allah? Maka Bal’am enggan untuk melakukan permintaan mereka.



Kaum Bal’am memujuknya, dan memberikan kepadanya pelbagai harta dan wanita akhirnya Bal’am tertipu dengan tipu daya dunia dan kekayaan seisinya. Lalu ia berdoa dan doa Bal’am itu termakbul, menyebabkan Nabi Musa tersesat di satu tempat yang bernama Tih (sekarang : semenanjung Sinai).



Kesesatan yang maha dahsyat itu, menyebabkan Nabi Musa bertanya Allah SWT, “Wahai Tuhan, apakah dosa yang kami lakukan sehingga kami tersesat di Tih ini?”



Jawab Allah SWT, “Berpunca dari doa Bal’am”
Nabi Musa berkata lagi kepada Allah, “Wahai Allah, sepertimana Engkau mendengar doa Bal’am terhadapku, maka tolong makbulkan doaku terhadap Bal’am.”



Lalu, Nabi Musa mendoakan agar Bal’am dicabut keimanan dari dirinya. Doa Nabi Musa dimakbulkan oleh Allah, menyebabkan Bal’am mati dalam keadaan kufur dan lidahnya terjelir sepertimana seekor anjing.



(Ana tak pasti, ada yang menyatakan Nabi Musa Alahi as-Salam sesat selama 40 tahun. Tetapi tatkala dibuka Tafsir Ibn Kathir, tidak dinyatakan.)


cuplikan dari http://ilmucahayakehidupan.wordpress.com


0 komen pengunjung:

Post a Comment

Falsafah Hidupku

"Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku dan matiku hanylah kepada Allah Tuhan semesta Alam"

Kalendar Hijrah

Kedai Kopiku

About Me

My photo
Hairul Hisham Ismail namaku, anak kelahiran Felda Kemahang 2, Tanah merah, Kelantan. Dari kecil, di celahan pokok kelapa sawit tempatku membesar. Kerahan keringat ayahku masihku ingat hingga kini. Mendapat pendidikan awal di SK Kemahang 1 (1989-1994. Dengan berkat doa ibu-bapaku aku telah diterima masuk Ke SMKA Wataniah, Machang, Kelantan pada tahun 1995. Aku menduduki peperiksaan SPM pada tahun 1999 dan berjaya mendapat keputusan yang dapatku banggakan. Dengan keputusan Percubaan SPM 1999 aku berjaya masuk ke SMKA falahiah, pasir pekan, Kota Bharu untuk belajar di tingkatan 6 selama hampir 3 Bulan. Aku ditawarkan menyambung pelajaran ke UTM dalam bidang pendidikan (Pengajian Islam) 2001-2004. Sekarang sedang berkhidmat di SMK Simpang, Taiping sebagai pendidik. Walau di mana pun aku berada AKU adalah AKU...