Alhamdulillahi Rabiil a'lamin, Wassolatu wassalamu 'ala asyrafil anbiyai walmursali waala alihi wasahbihi ajma'in. Ammma Ba'du...

Alhamdulillah, pada hari isnin yang lepas saya telah berkesempatan untuk mendengar, belajar dan memahami lagi ilmu agama yang memang kering ketandusan dalam hati ini...

Kuliah maghrib ini disampaikan oleh Al-Fadhil Ustaz Tariq B. Zainuddin di Surau Al-Maaruf, Taiping, Perak.. Alhamdulillah aku bersyukur kepada penciptaku, kerana sekali lagi memilih diriku untuk bersama-sama jemaah yang lain dapat hadir kr majlis ilmu ini..

Pada malam tersebut penceramah telah menerangkan dengan panjang lebar mengenai hadis ke 23 daripada himpinan 40 hadis akhir zaman susunan Abu Ali Al Banjari An Nadwi (Ahmad Fahmi Zamzam). Hadis tersebut adalah seperti dibawah:

HADIS 23: GOLONGAN RUWAIBIDHAH
Daripada Abu Hurairah r.a. berkata, Rasulullah saw. bersabda. "Lagi akan datang kepada manusia tahun-tahun yang tandus (kemarau panjang). Dan pada waktu itu orang yang berdusta dikatakan benar dan orang yang benar dikatakan berdusta. Orang khianat akan disuruh memegang amanah dan orang yang amanah dikatakan pengkhianat. Dan yang
berpeluang bercakap hanyalah golongan "Ruwaibidhah"”. Sahabat bertanya, "Apakah
Ruwaibidhah itu hai Rasulullah?". Nabi saw. menjawab, "Orang yang kerdil dan
sebenarnya hina dan tidak mengerti urusan orang ramai”. (Riwayat Ibnu Majah)

Keterangan Hadis:
Zaman yang disebutkan tadi adalah zaman ketandusan. Tandus di segi material dan juga
tandus di segi pemikiran. Orang yang benar akan diketepikan dan orang yang khianat
serta fasiq akan disanjung dan dibesar-besarkan. Orang yang benar tidak diberikan
peluang untuk bercakap. Yang berpeluang bercakap hanyalah peribadi-peribadi yang hina
dan sebenarnya tidak tahu bagaimana untuk menyelesaikan masalah-masalah yang
dihadapi oleh masyarakat.

Daripada pembelajaran saya pada malam tersebut, dapatlah saya mengambil beberapa pengajaran untuk dihayati bersama. Antaranya, Umat Islam adalah dituntut supaya mengelakkan diri daripada melantik dan memilih mereka yang bukan ahlinya dalam soal kepimpinan dan Agama. Yang kedua kita sebagai umat Islam sepatutnya menjauhkan diri daripada perbuatan-perbuatan buruk atau maksiat walaupun perbuatan tersebut diangap baik dan disanjung tinggi oleh masyarakat.Yang ketiga, sebagai muslim kita seharusnya melengkapkan diri kita dengan sebanyak mungkin amalan-amalan yang boleh mendatangkan pahala kerana itulah bekalan yang akan dibawa untuk berjumpa dengan pencipta kita Allah S.W.T.

Sebagai kesimpulan, ustaz tariq telah mengajak semua ahli jemaah agar mencuba dengan sedaya upaya melengkapkan diri dengan amalan-amalan sunat dalam kehidupan. Bagi mereka yang baru mendekatkan diri dengan agama, mulakanlah dengan amalan-amalan yang simple dan mudah. Contohya, pastikan selepas solat fardhu diiringi dengan bacaan al-muta'awwizat ( 3 Qul. Pasti lama-kelamaan kita akan mendapat Halawatul Iman iaitu kemanisan dalam beribadat. Wallahu A'lam.

0 komen pengunjung:

Post a Comment

Falsafah Hidupku

"Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku dan matiku hanylah kepada Allah Tuhan semesta Alam"

Kalendar Hijrah

Kedai Kopiku

About Me

My photo
Hairul Hisham Ismail namaku, anak kelahiran Felda Kemahang 2, Tanah merah, Kelantan. Dari kecil, di celahan pokok kelapa sawit tempatku membesar. Kerahan keringat ayahku masihku ingat hingga kini. Mendapat pendidikan awal di SK Kemahang 1 (1989-1994. Dengan berkat doa ibu-bapaku aku telah diterima masuk Ke SMKA Wataniah, Machang, Kelantan pada tahun 1995. Aku menduduki peperiksaan SPM pada tahun 1999 dan berjaya mendapat keputusan yang dapatku banggakan. Dengan keputusan Percubaan SPM 1999 aku berjaya masuk ke SMKA falahiah, pasir pekan, Kota Bharu untuk belajar di tingkatan 6 selama hampir 3 Bulan. Aku ditawarkan menyambung pelajaran ke UTM dalam bidang pendidikan (Pengajian Islam) 2001-2004. Sekarang sedang berkhidmat di SMK Simpang, Taiping sebagai pendidik. Walau di mana pun aku berada AKU adalah AKU...