Maulidur Rasul (dalam bahasa Arab bermaksud kelahiran Rasul) adalah hari bersejarah keputeraan Nabi Muhammad. Hari ini jatuh pada hari ke-12 bulan Rabiul Awal sempena kelahiran Nabi yang jatuh pada pada hari Khamis 12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan dengan 23 April 571. Baginda adalah nabi terakhir yang diutus oleh Allah Subhanahu Wataala. Tapak kelahiran baginda pula kini mempunyai satu bangunan kecil yang dikenali sebagai Maulid Nabi.

Setiap tahun pada hari itu, umat Islam di seluruh dunia akan mengadakan majlis memperingati keputeraan Nabi Muhammad s.a.w dengan mengadakan beberapa acara seperti perarakan, ceramah dan sebagainya. Banyak kelebihan dan keistimewaan yang akan dikurniakan oleh Allah Subhanahu Wataala kepada mereka yang dapat mengadakan atau menghadiri majlis Maulidur Rasul.

Kita dapat lihat betapa besarnya kelebihan orang yang memuliakan majlis keputeraan Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam, kerana bila berniat sahaja hendak mengadakan Maulud Nabi, sudah pun dikira mendapat pahala dan dimuliakan. Sememangnya bernazar untuk melakukan sesuatu yang baik merupakan doa dan dikira amal salih.

Jelas kepada kita bahawa pembalasan Allah Subhanahu Wataala terhadap kebaikan begitu cepat sehinggakan terdetik sahaja di hati hendak berbuat kebaikan, sudah Allah Subhanahu Wataala akan memberi pembalasan yang tiada ternilai. Seseorang yang beriman, kuat bersandar kepada Allah, ketika di dalam kesusahan dia tetap tenang dan hatinya hanya mengadu kepada Allah dan mengharapkan pertolongan dan kasih sayang Allah Subhanahu Wataala.

Keberkatan mengadakan Majlis Maulud itu bukan sahaja didapati oleh orang yang mengadakan majlis itu, tetapi seluruh ahli rumah atau orang yang tinggal di tempat itu turut mendapat keberkatannya.

Namun, di sebalik kemeriahan kita mengadakan sambutan Maulidur Rasul haruslah diingat bahawa yang penting bukannya perarakan semata-mata tetapi penghayatan dan pengamalan ajaran, sunnah dan suruhan Rasulullah s.a.w yang sepatutnya diutamakan.

Marilah kita bersama-sama kembali kepada sunnah dan ajaran Rasulullah s.a.w yang sebenarnya. Wallahu a'lam...

0 komen pengunjung:

Post a Comment

Falsafah Hidupku

"Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku dan matiku hanylah kepada Allah Tuhan semesta Alam"

Kalendar Hijrah

Kedai Kopiku

About Me

My photo
Hairul Hisham Ismail namaku, anak kelahiran Felda Kemahang 2, Tanah merah, Kelantan. Dari kecil, di celahan pokok kelapa sawit tempatku membesar. Kerahan keringat ayahku masihku ingat hingga kini. Mendapat pendidikan awal di SK Kemahang 1 (1989-1994. Dengan berkat doa ibu-bapaku aku telah diterima masuk Ke SMKA Wataniah, Machang, Kelantan pada tahun 1995. Aku menduduki peperiksaan SPM pada tahun 1999 dan berjaya mendapat keputusan yang dapatku banggakan. Dengan keputusan Percubaan SPM 1999 aku berjaya masuk ke SMKA falahiah, pasir pekan, Kota Bharu untuk belajar di tingkatan 6 selama hampir 3 Bulan. Aku ditawarkan menyambung pelajaran ke UTM dalam bidang pendidikan (Pengajian Islam) 2001-2004. Sekarang sedang berkhidmat di SMK Simpang, Taiping sebagai pendidik. Walau di mana pun aku berada AKU adalah AKU...