Semestinya, bagi perindu dan pencinta Ramadhan, yang sentiasa ternanti-nanti kedatangan Ramadhan, yang sentiasa meningkatkan kuantiti dan kualiti ibadah di bulan ini, pastinya akan merasakan cepatnya Ramadhan berlalu. 5 hari lagi tetamu agung ini bertamu di sisi kita… kemudian… TAMU AGUNG ini bakal meninggalkan kita. Begitulah rintihan sahabat-sahabat Rasulullah, saat Ramadhan mahu meninggalkan mereka. Teresak-esak menangis.

Cuba perhatikan diri kita, adakah kita merasa sedih dengan pemergian Ramadhan? atau, kita sebaliknya gembira kerana Syawal bakal menjelang tiba? Apakah erti RAYA jika kita tidak mendapat ‘kebaikan’ yang dijanjikan Allah pada bulan ini… tiada siapa yang dapat menjamin kita akan berjumpa lagi Ramadhan akan datang.
Ramadhan akan pergi membawa amalan kita. Perhatikanlah, adakah Ramadhan pergi dengan pelbagai kebanggaan, pujian dan kebahgiaan dengan amal kita.. atau Ramadhan pergi dengan kekecewaan, kesedihan dan sia-sia?

Saudaraku, kini tetamu kita sudah bersiap untuk pergi.. sedih rasanya.. andai ini Ramadhan terakhir, adakah amalanku di bulan ini diterimaMu Ya Allah? layakkah aku mendapakan pengampunanMu Ya Allah? Layakkah aku mendambakan syurgamu Ya Rabb?
Nasihat Ali Bin Abi Talib, ‘ Jadilah kalian orang yang lebih besar perhatiaannya dalam soal apakah amal diterima atau tidak daripada amal itu sediri’. Kuberharap dan berdoa moga ini bukan Ramadhan terakhir… amin
Malaikat sentiasa menyeru berulang kali di dalam bulan Ramadhan sehinggalah berakhirnya Ramadhan. Rasulullah s.a.w. bersabda : "Wahai orang yang menginginkan kebaikan, bergembiralah! ;Wahai orang yang menginginkan kejahatan, hentikanlah !

Apabila berakhirlah malam bulan Ramadan, menangislah tujuh petala langit dan tujuh petala bumi, dan segala malaikat, kerana berlalu Ramadan berlalulah kelebihan, sebab musibah bagi umatku, dan duduk segala malaikat bagi musibah, orang bertanya : Ya Rasullullah, apa itu musibah ? Jawab rasullullah (s.a.w), Kerana segala doa padaNya itu mustajab, sedakah makbul, segala kebajikan digandakan dan siksa kubur diangkat, maka apakah musibah yang terlebih besar daripada ini bagi umatku?! (Al-Hadith)

Ramai yang sedih mengenangkan keakraban hubungan keluarga ketika sama-sama bersahur, berbuka dan bertarawih. Terkenang wajah ibu, bapa, adik beradik atau kawan-kawan seperantauan bila menyambut puasa…

Jika hanya sedemikian, kesedihan itu tidak mempunyai makna yang hakiki. Itu adalah fitrah yang ada pada setiap insani. Kita makhluk yang dicipta secara ‘co-existence’ – wujud bersama ini, pasti merasakan begitu. Tetapi apa yang penting ialah kesedihan meninggalkan Ramadhan kerana hilangnya peluang untuk lebih akrab dengan Allah.

0 komen pengunjung:

Post a Comment

Falsafah Hidupku

"Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku dan matiku hanylah kepada Allah Tuhan semesta Alam"

Kalendar Hijrah

Kedai Kopiku

About Me

My photo
Hairul Hisham Ismail namaku, anak kelahiran Felda Kemahang 2, Tanah merah, Kelantan. Dari kecil, di celahan pokok kelapa sawit tempatku membesar. Kerahan keringat ayahku masihku ingat hingga kini. Mendapat pendidikan awal di SK Kemahang 1 (1989-1994. Dengan berkat doa ibu-bapaku aku telah diterima masuk Ke SMKA Wataniah, Machang, Kelantan pada tahun 1995. Aku menduduki peperiksaan SPM pada tahun 1999 dan berjaya mendapat keputusan yang dapatku banggakan. Dengan keputusan Percubaan SPM 1999 aku berjaya masuk ke SMKA falahiah, pasir pekan, Kota Bharu untuk belajar di tingkatan 6 selama hampir 3 Bulan. Aku ditawarkan menyambung pelajaran ke UTM dalam bidang pendidikan (Pengajian Islam) 2001-2004. Sekarang sedang berkhidmat di SMK Simpang, Taiping sebagai pendidik. Walau di mana pun aku berada AKU adalah AKU...